Bantuan diperlukan.

Kami memerlukan bantuan ikhlas untuk menyelanggara Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain ini.

Kos bulanan kami

1. Sewa Lot Kedai (sudah disponsor) - RM1200
2. Gaji Guru 10 orang (RM9000) diperlukan.

Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi Ustaz Rahim.

Terima kasih.

Motto Kelas Pengajian Miftahul Uloom Bandar Tasik Selatan

BERILMU, BERIMAN, BERTAQWA

Iklan Guru Tadika Islam

Iklan

Kekosongan: 1 Guru Tadika

Syarat:
1. Berkelayakan dan berpengalaman
2. Empat senawi, SPM atau setaraf dengannya
3. Sabar dalam menjalankan tugas dan dedikasi

Hubungi kami dia nombor dan alamat di sebelah.

Iklan Seni Silat Gayung Al-Fatani

Ingin belajar silat Seni Silat Gayung Al-Fatani


Sila hubungi En. Mohd Rahim di telefon sebelah.

Friday, February 13, 2009

Misi Kelas Pengajian Miftahul Uloom Bandar Tasik Selatan

Tujuan utama institusi pengajian ini adalah untuk melahirkan individu Muslim dan Muslimat samada kanak-kanak atau dewasa yang berkebolehan membaca Al-Quran dengan bertajwid dan memahami ilmu-ilmu Islam yang lain dalam usaha melahirkan generasi berilmu, beriman dan bertaqwa.

Apabila matlamat institusi ini bertepatan dengan kehendak syarak, maka ianya harus disokong dan didokong oleh semua pihak. Sokongan yang paling utama ialah melibatkan diri dan anak-anak di dalam pengajian dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh institusi ini.

Kami mengalu-alukan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak dalam setiap aktiviti dan pengajian yang kami anjurkan.

Dana untuk Pembangunan Islam Miftahul Uloom

Tuan, Puan

Dana untuk Pembangunan Islam Miftahul Uloom

Dengan hormatnya saya Pengasas Kelas Pengajian Al-Quran Miftahul Uloom ingin memohon sumbangan kewangan bagi mengisi dana kebajikan bagi kelas pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain.

2. Untuk makluman tuan/puan dana ini adalah bertujuan untuk membayar gaji dan peruntukan membeli peralatan-peralatan seperti buku-buku agama dan lain-lain keperluan.

3. Oleh yang demikian, saya bagi pihak Miftahul Uloom sangat-sangat mengharapkan apalah kiranya pihak tuan/puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan bagi membangunkan Pusat Pengajian Islam ini.

4. Segala bantuan dan sumbangan hendaklah dimasukkan kedalam akaun Bank Muamalat, No. acc: 14020001060714 atas nama kelas pengajian Al-Quran and Fardhu Ain. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Mohd Rahim bin Rejab di Tel 017-3726063

5. Atas kerjasama pihak tuan saya dengan rendah diri terlebih dahulu mengucapkan terima kasih.

Sekian

Mohd Rahim bin Rejab

Pengesahan Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalamualaikum wr.wbt.

Kepada Pihak Berkenaan

Tuan,

Pengesahan Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Adalah saya dengan segala hormatnya diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara diatas.

2. Dimaklumkan bahawan Sekolah Rendah Agama Miftahul Uloom, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur. No Pendaftaran JAWI/4/300 adalah sebuah agama
swasta yang telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur

Sekian dimaklumkan, wassalam.

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA, DAN NEGARA"

saya yang menurut perintah

Wan Yusuff B. W. Ishak
Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan
JAWI

Thursday, February 5, 2009

Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain MIFTAHUL ULOOM

Kelas Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain MIFTAHUL ULOOM menawarkan pengajian:

1. Sek. Rend Islam (Kurikulum bersepadu)

Darjah: 1 -6
Masa: 8 pagi - 3 ptg
Hari : Isnin - Jumaat

2. Sek Ren. Agama (Buku & Sukatan JAWI)

Darjah: 1 -6
Masa: 8 pagi - 3 ptg
Hari : Isnin - Jumaat

3. Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (kanak2 sekolah rendah dan menengah)